Filem Ant-Man 3 Bakal Memperkenalkan Watak Young Avengers

Walaupun tidak disenaraikan dalam filem-filem untuk MCU Phase 4 (MCU Fasa 4), masih ada kedengaran khabar angin tentang penghasilan filem Ant-Man 3.


Selepas beberapa watak utama 'dibersarakan' dan mati di pengakhiran filem Avengers: Endgame, peminat filem Marvel sememangnya berteka-teki tentang filem-filem MCU akan datang. Beberapa spekulasi juga telah muncul, menyatakan MCU akan tampil dengan filem superhero (atau superheroine) yang membariskan hanya superhero wanita sahaja. Ada spekulasi lain pula menyatakan yang Marvel akan menampilkan versi karakter utama mereka yang lebih muda, seperti Iron Lad, Kate Bishop, Cassie Lang dan lain-lain. Kini, dilaporkan pula yang filem Ant-Man 3 akan tetap juga dihasilkan, kemungkinan untuk MCU Phase 5, dan akan menampilkan barisan pelapis Avengers, dikenali sebagai Young Avengers!

Dengan spekulasi ini, ditamban pula dengan jangkaan penampilan watak Wiccan dan Speed yang dijangka muncul dalam siri Disney+ WandaVision, dan dengan satu lagi siri Disney+ iaitu Ms. Marvel, nampak jelas yang Marvel Studios bekerja keras untuk menampilkan pasukan pelapis untuk Avengers.

Walau bagaimanapun, ianya masih sekadar khabar angin dan spekulasi, jadi nantikan berita selanjutnya dari kami.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post