SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Tuesday, October 29, 2019

Filem Rajah Diumumkan - Jonathan Rhys Meyers Sebagai Pelakon Utama

Filem Rajah Diumumkan - Jonathan Rhys Meyers Sebagai Pelakon Utama

Pelakon berbangsa Ireland, Jonathan Rhys Meyers dilaporkan telah dipilih untuk melakonkan watak Sir James Brooke dalam filem epik sejarah terbaharu, diberi tajuk Rajah, berdasarkan Rajah Brooke pertama Sarawak.


Rhys Meyers sebelum ini dikenali dalam siri TV The Tudors dan Vikings, selain filem seperti Velvet Goldmine, Bend It Like Beckham, Match Point dan Mission: Impossible III.

Selain Rhys Meyers, filem Rajah akan turut menampilkan pelakon dari Malaysia, seperti Bront Palarae, Shaheizy Sam dan Rahim Razali, selain turut menampilkan pelakon berasal dari Sarawak seperti Peter John dan Kahar Jimi.

Bront akan melakonkan watak Pengiran Indera Mahkota, manakala Shaheizy Sam pula akan melakonkan watak sebagai Subu. Rahim Razali pula akan melakon watak Sultan Brunei.

Penghasilan filem Rajah turut mendapat sokongan dari Sarawak Tourism Board, selain insentif rebat Qualifying Malaysian Production Expenditure. The Brooke Heritage Trust serves as the film’s technical advisory.

Filem Rajah diarahkan oleh Michael Haussman, dan penggambaran telah dimulakan pada 24 September lalu dan dijangka akan selesai pada penghujung Oktober ini.

Sebelum ini, telah ada usaha untuk menghasilkan filem berdasarkan watak Rajah Brooke, termasuklah oleh pelakon legenda, Errol Flynn pada tahun 1936. Brooke juga merupakan inspirasi utama cerita pendek karya Rudyard Kipling, bertajuk A Man Who Would Be King.

No comments:

Post a Comment