Ethan Hunt Kembali Dalam Trailer Pertama Filem Mission: Impossible - Fallout


Paramount Pictures telah memperlihatkan trailer pertama filem terbarunya, Mission: Impossible – Fallout, menampilkan Tom Cruise yang kembali membawatakan watak agen Ethan Hunt. Saksikan trailer filem Mission: Impossible – Fallout di bawah!



Mission: Impossible – Fallout kembali menampilkan Ethan Hunt (Tom Cruise) dan pasukan IMF (Alec Baldwin, Simon Pegg, Ving Rhames, Rebecca Ferguson, Michelle Monaghan) dalam perlumbaan mengejar masa akibat satu misi yang gagal. Kehadiran Henry Cavill, Angela Bassett, dan Vanessa Kirby menguatkan lagi senarai pelakon filem ini. 

Francais Mission: Impossible dimulakan pada tahun 1966 dengan asalnya melalui siri TV di saluran CBS, yang bertahan sehingga 7 musim dan 171 episod. Mission: Impossible kembali pada tahun 1988 dengan siri reboot di saluran ABC, namun gagal menarik minat penonton. Hanya selepas hampir sedekad selepas itu, Tom Cruise membawakan Mission: Impossible dalam bentuk filem ke layar perak, dan akhirnya menjadi francais filem seperti mana yang kita ketahui hari ini. 

Christopher McQuarrie, yang sebelum ini mengarahkan filem Mission: Impossible - Rogue Nation, sekali lagi diberikan tugas mengarahkan filem Mission: Impossible - Fallout

Mission: Impossible – Fallout akan ditayangkan pada 27 Julai 2018.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post