Sah, penghasilan filem Wonder Woman 3 arahan Patty Jenkins kini dihentikan oleh Warner Bros!

Menurut laporan portal The Hollywood Reporter, CEO bersama DC Studios iaitu James Gunn dan Peter Safran telah memutuskan bahawa filem Wonder Woman 3 akan dihentikan kerana tidak sesuai dengan visi way forward mereka. Perkara tersebut dimaklumkan oleh mereka berdua kepada Jenkins, yang baru-baru ini telahpun menyerahkan skrip filem berkenaan yang ditulis bersama-sama Geoff Johns. Untuk rekod, Jenkins merupakan pengarah filem Wonder Woman (2017) dan Wonder Woman 1984 (2020).

BERKAITAN: Filem Wonder Woman 3 Diumumkan Secara Rasmi!

Filem DC terbaharu dalam senarai tayangan adalah Shazam! Fury of the Gods, yang dijadualkan untuk tayangan pada 17 Mac 2023. Ianya diikuti oleh filem The Flash (16 Jun 2023), Blue Beetle (18 Ogos 2023), dan Aquaman and the Lost Kingdom (25 Disember 2023). 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post