Walaupun filem Wonder Woman 1984 kini sedang giat ditayangkan, Warner Bros. Pictures terus mengambil langkah berani apabila mengumumkan pula penghasilan filem Wonder Woman 3, iaitu filem ketiga dalam francais filem Wonder Woman, dengan Patty Jenkins kembali ke kerusi pengarah dan Gal Gadot tampil semula sebagai watak superheroine itu. 


Kutipan filem Wonder Woman 1984 kini telah melangkaui kutipan unjuran awal, merekodkan kutipan sebanyak USD85 juta di seluruh dunia. Pengumuman penghasilan Wonder Woman 3 itu diumumkan sendiri oleh Pengerusi  Warner Bros. Pictures Group, Toby Emmerich. Menurutnya :

“As fans around the world continue to embrace Diana Prince, driving the strong opening weekend performance of ‘Wonder Woman 1984,’ we are excited to be able continue her story with our real life Wonder Women – Gal and Patty – who will return to conclude the long-planned theatrical trilogy”.

Filem Wonder Woman 1984 menyaksikannya berdepan dengan penjahat baharu, iaitu Cheetah. Gal Gadot kembali melakonkan watak Diana Prince/ Wonder Woman, manakala Kristen Wiig pula tampil melakonkan watak penjahat bergelar Cheetah. Selain itu, Chris Pine turut kembali sebagai Steve Trevor. Filem terbaharu ini menyaksikan Diana Prince/ Wonder Woman menjalani kehidupan biasanya di kalangan manusia biasa berlatarkan tahun 1980-an.

Wonder Woman 1984 telah mula ditayangkan di seluruh dunia bermula 16 Disember 2020, dan melalui saluran penstriman HBO Max bermula 25 Disember 2020.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post