Monsta telah mengumumkan pengumuman khas pelancaran trailer rasmi filem terbaharu mereka, iaitu Mechamato, yang akan diperlihatkan pada 1 Januari 2021, iaitu esok! Sebagai permulaan, saksikan terlebih dahulu gambar-gambar screenshot eksklusif dari trailer filem Mechamato di bawah :



Mechamato mengisahkan tentang pengembaraan seorang pemuda bernama Amato yang secara tidak sengaja menjadi pemilik MechaBot, sebuah Power Sphera yang mempunyai kebolehan untuk ‘Mechanize’ dengan objek lain. Bersama-sama, mereka boleh bergabung menjadi seorang wira berperisai, Mechamato. Kemunculan Amato yang telah dewasa dalam babak pasca-kredit BoBoiBoy Movie 2 telah mendedahkan identiti beliau sebagai ayah kepada BoBoiBoy




Walaupun filem Mechamato pada asalnya dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun 2020, ia telah ditangguhkan ke tahun 2021 akibat penularan wabak virus COVID-19, menyebabkan pawagam di Malaysia mengumumkan penangguhan operasi. Kini dengan SOP pematuhan COVID-19 telah dilonggarkan sedikit oleh pihak Kerajaan, pawagam juga telah mula beroperasi dengan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan.

Jangan lupa tunggu trailer rasmi filem Mechamato di saluran Youtube rasmi Monsta. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post