Setelah lama menanti, akhirnya Monsta telah memperlihatkan trailer pertama filem terbaharu mereka, Mechamato. Saksikan trailer filem Mechamato di bawah :


Mechamato mengisahkan tentang pengembaraan seorang pemuda bernama Amato yang secara tidak sengaja menjadi pemilik MechaBot, sebuah Power Sphera yang mempunyai kebolehan untuk ‘Mechanize’ dengan objek lain. Bersama-sama, mereka boleh bergabung menjadi seorang wira berperisai, Mechamato

Sebelum ini, Amato yang telah dewasa membuat kemunculan dalam babak pasca-kredit BoBoiBoy Movie 2 telah mendedahkan identiti beliau sebagai ayah kepada BoBoiBoy! Ini sekaligus mengujakan ramai peminat Boboiboy, apatah lagi dengan pengumuman penghasilan filem Mechamato, dan bakal disusuli pula dengan siri animasinya sendiri nanti.




KOMEN

Previous Post Next Post