Betul ke khabar angin menyatakan yang Chris Evans bakal kembali ke MCU?


Menurut laporan Deadline, Chris Evans dilaporkan sedang dalam perbincangan untuk kembali melakonkan watak Captain America dalam filem-filem MCU yang akan datang. Walau bagaimanapun, kemnunculan itu bukanlah dalam filem standalone watak tersebut, sebaliknya hanya akan muncul dalam filem-filem Avengers atau file-filem solo lainnya, berkemungkinan dalam watak cameo, sampingan ataupun adegan flashback. Namun, kesahihan berita ini masih belum dapat disahkan, kerana baik Chris sendiri, mahupun Marvel ataupun Disney masih mengunci mulut berkaitan berita in. Melalui ciapan di akaun Twitter peibadinya, Chris Evans hanya memberikan jawapan ini : 



Untuk rekod, Chris Evan telahpun terikat dengan satu lagi projek filem Disney, sebagai pelakon aksi suara untuk watak Buzz Lightyear dalam filem Lightyear yang bakal ditayangkan pada 2022.

Mungkinkah Chris Evans akan membuat penampilan khas dalam beberapa siri Disney+ yang telah diumumkan, seperti WandaVision dan The Falcon and The Winter Soldier? Ataupun membuat penampilan dalam filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness, yang dikhabarkan bakal menampilkan watal-watak superhero ikonik Marvel dari pelbagai garis masa dan dimensi? 

Sama-sama kita nantikan.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post