Baru-baru ini, pengarah James Gunn (yang telah dinamakan sebagai CEO Bersama untuk DC Studios) telah berkongsikan poster teaser untuk filem terbaharu DC, iaitu Blue Beetle. Berikut adalah poster filem Blue Bettle berkenaan:

BERKAITAN: Filem Terbaharu DC, Blue Beetle Kini Selesai Penggambaran Di Puerto Rico

Filem Blue Bettle mengetengahkan individu ketiga dari komik yang menggunakan nama superhero itu, iaitu Jaime Reyes, seorang remaja berbangsa Amerika-Mexico yang berasal dari El Paso yang menemui kumbang alien dikenali sebagai Blue Beetle, yang 'melekapkan' dirinya di tulang belakang Reyes, dan memberikan keupayaan kepada beliau untuk menggunakan sut unik yang boleh memberikan kuasa luar biasa dan menghasilkan senjata canggih mengikut kehendak hosnya. 

Kumbang Blue Bettle itu sebelum ini pernah berada dalam milikan ahli sihir Shazam, dan ini mungkin merupakan peluang untuk mengaitkan Blue Beetle dengan watak-watak lain dalam DCEU.

Selain Xolo Maridueña sebagai Jaime Reyes, filem Blue Beetle turut dibarisi pelakon-pelakon seperti George Lopez, Harvey Guillén, Belissa Escobedo, Bruna Marquezine, dan Susan Sarandon yang melakonkan watak penjahat utama.

Filem Blue Beetle diarahkan oleh Angel Manuel Soto, dan dijadualkan untuk tayangan pada 18 Ogos 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post