Filem DCEU paling bermasalah, iaitu The Flash kini mempunyai tarikh tayangan baharu!

BERKAITAN: Bintang The Flash, Ezra Miller Mendapatkan Rawatan Untuk Masalah Mental?

Hanya berbaki lebih kurang 6 bulan sahaja lagi untuk ditayangkan pada 23 Jun 2023, kini Warner Bros. mengumumkan tarikh tayangan filem The Flash telah diawalkan ke 16 Jun 2023. Pengumuman ini mungkin untuk mengelakkan pertembungan dengan tayangan satu lagi filem, iaitu Indiana Jones and the Dial of Destiny yang dijadualkan tayangannya pada 30 Jun 2023.

Filem The Flash dibintangi oleh Ezra Miller, membawakan watak Barry Allen/ The Flash selepas melakonkannya dalam filem Batman v Superman: Dawn of Justice, Suicide Squad, Justice League, Zack Snyder’s Justice League, selain turut muncul dalam siri TV The Flash dan Peacemaker.

BERKAITAN: Warner Bros. Dan DC Menghentikan Penglibatan Ezra Miller Dalam Filem Akan Datang?

Namun begitu, nasib Ezra Miller selepas filem The Flash masih menjadi tanda tanya. Terdahulu, studio Warner Bros. dilaporkan telah mencapai persetujuan bersama untuk menghentikan penglibatan Ezra dalam projek akan datang yang melibatkan pelakon tersebut, termasuklah apa jua kemunculan akan datang untuk filem-filem dalam DC Extended Universe (DCEU). 

Secara jujurnya, kami juga tiada masalah jika watak The Flash ditukarkan dengan pelakon lain yang lebih memberikan impak dan 'keadilan' terhadap watak tersebut. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post