Disney telah memperlihatkan trailer pertama filem Indiana Jones 5, yang diberi tajuk rasmi Indiana Jones and the Dial of Destiny. Trailer tersebut memperlihatkan sekali lagi Harrison Ford beraksi melakonkan watak ikonik tersebut.

Saksikan trailer Indiana Jones and the Dial of Destiny di bawah:

BERKAITAN: Gambar Terbaharu Filem Indiana Jones 5 Diperlihatkan

Filem Indiana Jones and the Dial of Destiny diarahkan oleh James Mangold, yang mengambil alih kerusi pengarah pada tahun lepas selepas dikosongkan oleh Steven Spielberg. Namun begitu, Spielberg kekal sebagai salah seorang penerbit untuk filem tersebut. 

Indiana Jones and the Dial of Destiny dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 30 Jun 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post