Gambar-gambar rasmi pertama dari filem Indiana Jones 5 telah diperlihatkan, memberikan gambaran terbaharu watak ikonik lakonan Harrison Ford untuk filem terbaharu tersebut.

BERKAITAN: Sah! Filem Indiana Jones 5 Adalah Filem Baharu, Bukannya Versi Reboot

Gambar-gambar terbaharu Indiana Jones itu dikongsikan oleh Empire Magazine, yang sekali lagi akan menampilkan profesor arkeologi terkemuka itu dalam pengembaraan yang akan menemukannya dengan pihak Nazi. Selain Harrison Ford sebagai Indiana Jones, turut dikongsikan adalah gambar aktor Mads Mikkelson yang melakonkan watak penjahat bernama Voller, yang mengambil inspirasi langsung dari watak anggota Nazi sebenar, Wernher von Braun, yang menjadi jurutera NASA selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. 

Selain Harrison Ford dan Mads Mikkelsen, Indiana Jones 5 turut menampilkan Phoebe Waller-Bridge, Antonio Banderas, Thomas Kretschmann, Boyd Holbrook, dan Shaunette Renée Wilso.

Diarahkan oleh James Mangold, filem Indiana Jones 5 dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 30 Jun 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post