Bintang yang terkenal sebagai Green Ranger dalam siri TV Mighty Morphin Power Rangers, Jason David Frank meninggal dunia di usia 49 tahun.

Kematian mengejutkan itu dilaporkan oleh portal TMZ. Walaupun ahli keluarga terdekat tidak menyatakan sebab kematian aktor tersebut, namun difahamkan yang kematian aktor terkenal itu disebabkan oleh membunuh diri. 

Jason David Frank (JDF) pada awalnya bukanlah satu nama terkenal. Namun, kerjayanya melonjak naik selepas muncul sebagai Tommy Oliver/ Green Ranger dalam siri TV Mighty Morphin Power Rangers pada tahun 1993. Dan walaupun watak selari lakonan dalam siri asal Mighty Morphin Power Rangers, iaitu Kyōryū Sentai Zyuranger di Jepun menemui ajal di penghujung jalan cerita tersebut, namun populariti watak tersebut di kalangan peminat membuatkan ianya dikekalkan dan akhirnya menjadi anggota tetap Power Rangers. JDF dengan pantas menjadi watak dan pelakon paing popular dalam francais itu, dan membuat beberapa penampilkan baharu dengan dijelmakan pula selepas itu sebagai White Ranger.

Dalam siri Power Rangers yang lain, JDF turut tampil sebagai Tommy Oliver yang telah senior dan bertransisi menjadi Red Ranger dalam Power Rangers Zeo, selain tampil dalam Power Rangers Wild Force, Power Rangers Dino Thunder, Power Rangers Super Megaforce, dan Power Rangers Super Ninja Steel.

JDF turut pernah tampil sebagai cameo bersama-sama rakannya Amy Jo Johnston (Pink Ranger) dalam filem reboot Power Rangers (2017). Beliau turut meminjamkan suara untuk watak dalam permainan video Power Rangers: Battle for the Grid. Ternyata JDF sememangnya sangat sinonim dengan francais dan watak-watak Power Rangers.

Dalam bidang lakonan, watak terakhir dilakonkannya sebelum meninggal dunia adalah sebagai Erik Reed dalam filem Legend of the White Dragon. Beliau melakonkan watak utama dalam filem tersebut, yang dijangka akan ditayangkan pada tahun depan. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada filem berkenaan selesai penggambaran ataupun tidak. 

Good bye, Green Ranger.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post