Disenchanted merupakan filem muzikal live-action komedi terbaharu dari Disney, dari merupakan sambungan kepada filem hit Disney, Enchanted (2007). Jika filem terdahulu menampilkan kisah Giselle, seorang wanita muda dari dunia fairy tale Andalusia yang akhirnya menemui cinta sejati di dunia sebenar berlatarkan bandaraya New York, kini sambungan filemnya mengambil latar 15 tahun selepas kejadian tersebut. Filem Disenchanted diarahkan oleh Adam Shankman, dan dibintangi oleh Amy Adams, Patrick Dempsey, Maya Rudolph, Yvette Nicole Brown, Jayma Mays, Gabriella Baldacchino, Idina Menzel dan James Marsden. 

Selepas 15 tahun Giselle (lakonan Amy Adams) dan Robert (lakonan Patrick Dempsey) berkahwin, Giselle telah mulai merasa bosan dengan kehidupan di bandar besar New York, dan mendambakan kehidupan lebih tenang dan punyai sedikit elemen fairy tale. Disebabkan itu, mereka mengambil keputusan untuk berpindah ke komuniti pinggir bandar di Monroeville. Namun, lain pula yang berlaku apabila dia terpaksa berhadapan dengan suasana baharu, di samping seorang wanita tempatan, Malvina Monroe (lakonan Maya Rudolph), yang menyebabkan Giselle berasakan tidak diterima. Kecewa dengan situasi itu, Giselle secara tidak sengaja menggunakan magik Andalasia, menukarkan Monroeville kepada Monrolasia, seterusnya menjadikan mereka yang tinggal dalam dunia baharu itu berada dalam kacau-bilau. Dapatkah Giselle mengecap kehidupan fairy tale yang diinginkan? Jangan lupa saksikan filem Disenchanted yang kini sedang distrim di saluran Disney+ Hotstar.

Amy Adams beraksi cemerlang sebagai Giselle, dan masih mampu membawakan tarikan tersendiri yang terbaharu untuk filem Disenchanted ini. Apatah lagi twist di penghujung filem ini, yang menyaksikannya bertukar-tukar watak yang dapat dilakonkannya dengan cemerlang sekali. Watak Giselle yang kelihatan clumsy dan kadang-kala out of place juga dapat dijelmakan dengan amat baik sekali. 

Memandangkan ianya sebuah filem muzikal, sudah tentunya ianya diselang seli dengan adegan nyanyian dan tarian yang menarik. Lagu-lagu latar setiap adegan muzikal juga dirasakan menarik dan sesuai dengan tema magikal filem Disenchanted ini. Penampilan watak-watak dari filem terdahulu seperti Edward (lakonan James Marsden) dan Nancy (lakonan Idina Menzel) menambahkan lagi rencah kaitan filem ini dengan filem terdahulu. Watak Pip juga menarik, yang kali ini bertukar menjadi kucing yang sentiasa menimbulkan kelucuan kepada penonton.

Secara keseluruhan, filem Disechanted ini sesuai ditonton oleh semua golongan. Amat menarik melihat watak-watak dari filem terdahulu muncul semula dalam filem ini. Mungkinkan ada sambungan filem ini lagi nanti? Sama-sama kita nantikan.

PENILAIAN : 3.5/5 BINTANG

P/S: Jika anda sukakan review ini, jangan lupa untuk kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen di bawah. Sokongan anda amatlah kami hargai dalam usaha memberikan lebih banyak informasi yang menarik untuk bacaan anda.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post