Sah! Filem Indiana Jones 5 Adalah Filem Baharu, Bukannya Versi Reboot

Selain filem Star Wars, Indiana Jones juga merupakan antara francais filem yang mengangkat nama Harrison Ford. Filem keempat Indiana Jones, iaitu Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull, menerima kritikan yang agak hebat disebabkan jalan cerita yang tidak menyakinkan dan penonjolan elemen watak makhluk asing yang dianggap pelik oleh peminat filem tersebut. Terbaharu, penerbit Kathleen Kennedy yang mengasaskan Amblin Entertainment bersama-sama Steven Spielberg dan Frank Marshall, dan merupakan Presiden Lucasfilm sejak 2012, telah mengesahkan dalam satu temubual yang filem Indiana Jones merupakan filem baharu dan bukannya filem versi reboot.


BERKAITANSiapakah Yang Patut Menggantikan Harrison Ford Sebagai Indiana Jones? Ini Jawapan Dari Ford

Memetik kenyataan dari Kennedy, beliau berkata :

“We’re working away, getting the script where we want it to be and then we’ll be ready to go. Harrison Ford will be involved… It’s not a reboot. It’s a continuation.”

BERKAITAN: Steven Spielberg Menyatakan Akan Mengarahkan Filem Indiana Jones 5 !

Filem Indiana Jones mengisahkan watak seorang pensyarah dan ahli arkeologi yang gemarkan pengembaraan pemcari artifak dan harta karun, dan mula diperkenalkan pada tahun 1981 melalui filem Indiana Jones and the Raiders of the Lost Ark. Filem berkenaan disusuli dengan filem Indiana Jones and the Temple of Doom (1984), Indiana Jones and the Last Crusade (1989) dan Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull (2008). Semua keempat-empat filem Indiana Jones terdahulu mencatatkan kutipan sebanyak hampir USD2 bilion di seluruh dunia.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post