Saksikan Trailer Filem The Invisible Man - Filem Seram Terbaharu


Universal Pictures dan Blumhouse Productions telah memperlihatkan trailer terbaharu filem mereka bertajuk The Invisible Man yang juga merupakan filem remake klasik hasil karya H. G. Wells. Saksikan trailer filem The Invisible Man tersebut di bawah :



BERKAITAN: Tarikh Tayangan Versi Reboot Filem The Invisible Man Telah Ditetapkan!

Filem The Invisible Man mengisahkan watak Cecilia Kass (lakonan Elisabeth Moss) yang terperangkap dalam perhubungan yang menekan bersama seorang saintis yang kaya dan ternama. Pada suatu malam, akibat tidak tahan dengan suaminya itu, beliau nekad melarikan diri dengan dibantu oleh kakaknya (lakonan Harriet Dyer), rakannya semasa kecil (lakonan Aldis Hodge) dan anak remajanya (lakonan Storm Reid). Namun apabila bekas suaminya itu bertindak membunuh diri dan mewariskan harta peninggalannya kepada Cecilia, beliau mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Beliau kini terdesak meyakinkan orang di sekelilingnya yang sebenarnya bekas suaminya itu masih hidup dan cuba menjadikannya tidak waras.

Filem The Invisible Man ditulis, diarahkan dan diterbitkan oleh Leigh Whannell, salah seorang insan di sebalik tabit francais filem seram Saw yang sebelum ini telah mengarahkan filem Upgrade dan filem Insidious: Chapter 3.

Filem The Invisible Man dijadualkan untuk tayangan pada 28 Februari 2020.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post