Tarikh Tayangan Versi Reboot Filem The Invisible Man Telah Ditetapkan!

Tarikh tayangan versi reboot filem The Invisible Man telahpun ditetapkan! Filem ini akan dibintangi oleh Elisabeth Moss (The Handmaid’s Tale) dan Storm Reid (A Wrinkle in Time), mengisahkan seorang wanita yang cuba membina hidup baru selepas episod bunuh diri membabitkan bekas kekasihnya, hanya untuk mempersoalkan kewarasannya selepas itu apabila merasakan bekas kekasihnya itu masih hidup dan masih berada dalam hidupnya.


Sebagai salah satu watak terkenal dalam dunia penulisan, The Invisible Man telah diadaptasikan dalam pelbagai medium, baik filem, TV, komik, drama radio dan di pementasan teater, dan merupakan salah satu senarai klasik Universal Monsters yang turut terdiri daripada Dracula, Wolfman dan raksasa Frankenstein.
Menurut The Wrap, Blumhouse telah menetapkan tarikh tayangan filem The Invisible Man pada 13 Mac 2020, dan akan berdepan dengan filem Godzilla vs Kong, untuk mendapatkan kutipan box office. Tidak lama kemudian, akan ditayangkan pula G.I. Joe: Ever Vigilant, iaitu filem 'spinoff' yang memfokuskan kepada watak Snake Eyes.
Ditulis oleh penulis pelopor sains fiksyen H.G. Wells (yang turut menulis bukU popular seperti The Time Machine, The War of the Worlds dan The Island of Doctor Moreau) pada 1897, The Invisible Man merupakan sebuah penulisan yang mengupas isu bilamana seseorang itu dikuasai sifat tamak, meninggi diri dan pentingkan diri sendiri apabila orang lain tidak nampak kejahatan yang dilakukannya.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post