Filem Solo Berdasarkan Watak Snake Eyes Dari G.I. Joe Akan Dihasilkan

Dua filem G.I. Joe sebelum ini, iaitu G.I. Joe: The Rise Of Cobra (2009) dan G.I. Joe: Retaliation (2013) tidaklah mencatatkan keuntungan yang membanggakan. Namun kini, Variety melaporkan yang pengarah Robert Schwentke sedang dalam perbincangan untuk mengarahkan filem solo berlatarkan watak Snake Eyes, antara watak popular dari siri tersebut.


Dalam siri G.I. Joe, Snake Eyes merupakan ninja/ komando yang dikenali dengan kemahiran mautnya dengan pedang dan pisau, selain mahir menggunakan senjata api. Beliau juga merupakan ahli seni mempertahankan diri yang berkemahiran tinggi yang amat merbahaya samada bersenjata ataupun tidak. Snake Eyes pada mulanya tinggal bersendirian di pergunungan High Sierras sebelum direkrut untuk menganggotai pasukan G.I. Joe. Nama sebenar Snake Eyes dan latar belakangnya kekal sebagai misteri sehingga hari in, dan terdapat pelbagai versi baik dalam siri kartun mahupun komiknya yang menceritakan tentang latar belakang Snake Eyes sebelum dia dikenali dengan kostum serba hitam yang dipakai sekarang. Pelakon dan aktor lagak ngeri, Ray Park melakonkan watak Snake Eyes dalam filem G.I. Joe: The Rise of Cobra dan G.I. Joe: Retaliation. Masih belum dapat disahkan sama ada Park akan kembali dengan watak tersebut ataupun tidak.

Schwentke sebelum ini mengarahkan filem RED (Retired, Extremely Dangerous) dan R.I.P.D., kedua-duanya berdasarkan komik sedia ada. Beliau juga sebelum ini mengarahkan dua filem dari siri Divergent.

Dan sambil-sambil membaca artikel kami, jangan lupa klik iklan-iklan yang dipamerkan, kalau korang nak SembangFilem wujud lagi di masa akan datang :)

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post