Siri Baru Ultraman Bakal Ditayangkan Di Netflix?


Siri Baru Ultraman Bakal Ditayangkan Di Netflix?

Satu siri anime terbaru Ultraman telah dijadualkan untuk tayangan di Netflix pada 2019, dan dilaporkan yang siri aksi hidup (live-action) juga sedang dalam perancangan. The Hollywood Reporter (THR) melaporkan Tsuburaya Productions yang berpengkalan di Tokyo sedang bekerjasama dengan Starlight Runner Entertainment untuk menghasilkan Ultraman versi mereka sendiri berdasarkan watak superhero paling bertahan lama di Jepun.


Eiji Tsuburaya merupakan pencipta watak Ultraman, yang muncul dalam siri TV-nya sendiri pada 1966. Sebelum ini. Tsuburaya mengetuai Jabatan Kesan Khas Toho. Beliau juga merupakan antara ahli pasukan yang bertanggungjawab menghasilkan watak Godzilla pada 1954. Dalam siri TV asal Ultraman, watak Ultraman adalah terdiri dari dua entiti. Ultraman merupakan pahlawan Ultra dari Nebula M78 yang bergabung dengan Shin Hayata, seorang ahli pasukan Scientific Special Search Party. Walau bagaimanapun, pahlawan Ultra itu terhempas dan mendarat di planet Bumi ketika mengejar raksasa Bemular. Ia bertembung dengan Hayata, menyebabkan Hayata nazak dan di ambang kematian. Disebabkan rasa bersalah, pahlawan Ultra itu bergabung dengan Hayata, memberikan Hayata kuasa luarbiasa dan boleh bertukar menjadi Ultraman di saat memerlukan. 

THR melaporkan yang Starlight Runner akan bekerjasama dengan The Licensing Group untuk memberikan nafas baru kepada siri Ultraman. Manakala dalam satu kenyataan, CEO Starlight Runner, Jeff Gomez menyatakan “Ultraman is one of my greatest childhood heroes. We’re honored to be embarking on this mission to bring this family of characters back to the world stage.

Jangan lupa nantikan perkembangan siri Netflix Ultraman ini di SembangFilem. Dan sambil-sambil membaca artikel kami, jangan lupa klik iklan-iklan yang dipamerkan, kalau korang nak SembangFilem wujud lagi di masa akan datang :)

No comments:

Powered by Blogger.