Scott Derrickson Kembali Ke Kerusi Pengarah Untuk Filem Doctor Strange 2

Walaupun filem Doctor Strange telah ditayangkan lebih 2 tahun dulu, cakap-cakap tentang penghasilan sambungan filem berkenaan tidaklah sehebat yang disangka. Pada Jun lalu, Kevin Feige mendedahkan yang perancangan untuk menghasilkan filem Doctor Strange 2 sememangnya ada, namun masih belum diumumkan secara rasmi. Kini, The Hollywood Reporter melaporkan yang pengarah asal filem Doctor Strange, iaitu Scott Derrickson, kini telah secara senyap disahkan akan kembali ke kerusi pengarah untuk filem Doctor Strange 2.


Filem Doctor Strange 2 akan menampilkan kembali Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange. Terkini, Doctor Strange muncul dalam filem Avengers: Infinity War dan dijangka muncul kembali dalam filem Avengers: Endgame, walaupun Doctor Strange bertukar menjadi debu di pengakhiran filem Avengers: Infinity War (selepas petikan hari Thanos). THR melaporkan yang berkemungkinan Benedict Wong dan Rachel McAdams juga akan kembali melakonkan watak Wong dan Christine Palmer dari filem terdahulu. 

Dan sambil-sambil membaca artikel kami, jangan lupa klik iklan-iklan yang dipamerkan, kalau korang nak SembangFilem wujud lagi di masa akan datang :)

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post