SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Monday, December 17, 2018

Filem Spider-Man: Into The Spider-Verse Mengungguli Carta Kutipan Panggung Untuk Bulan Disember!


Filem Spider-Man: Into The Spider-Verse Mengungguli Carta Kutipan Panggung Untuk Bulan Disember! 

Filem animasi terbaru Columbia Pictures/Sony Pictures Animation, iaitu filem Spider-Man: Into the Spider-Verse mencatatkan rekod kutipan sebanyak USD35.4 juta di US, mencatatkan rekod tertinggi untuk tayangan pembukaan bulan Disember! Filem Spider-Man: Into the Spider-Verse itu mengungguli tempat pertama kutipan dan mencatatkan sebanyak USD21 juta di pasaran antarabangsa.


Filem Spider-Man: Into the Spider-Verse dikategorikan sebagai 97% Certified Fresh menurut penilaian Rotten Tomatoes dan dinilai A+ di skala Cinemascore (tertinggi untuk filem Spider-Man ). Filem Spider-Man: Into the Spider-Verse memperkenalkan watak remaja Brooklyn, Miles Morales ke layar perak, dan kemungkinannya keseluruhan Spider-Verse, di mana bukan hanya terdapat seorang sahaja Spider-Man, tetapi ramai lagi dengan kuasa arachnid yang sama. 

Phil Lord dan Christopher Miller, minda kreatif di sebalik filem The LEGO Movie dan 21 Jump Street, menggunakan kepakaran mereka untuk membawakan visi baru dalam universe Spider-Man Universe, dengan stail visual yang pertama seumpamanya. 

Spider-Man: Into the Spider-Verse diarahkan oleh Bob Persichetti, Peter Ramsey, dan Rodney Rothman. Skripnya pula diolah oleh Phil Lord.

Filem Spider-Man: Into the Spider-Verse telah mula ditayangkan di pawagam bermula 14 Disember 2018.

Dan sambil-sambil membaca artikel kami, jangan lupa klik iklan-iklan yang dipamerkan, kalau korang nak SembangFilem wujud lagi di masa akan datang :)

No comments:

Post a Comment