Poster Baru Hellboy Diperlihatkan, Trailer Pertama Dijangka Pada Khamis Ini!


Poster terbaru filem Hellboy baru sahaja diperlihatkan, iaitu filem yang menampilkan David Harbour sebagai pelakon utamanya. Selain menunjukkan gambar watak Hellboy lengkap dengan tanduk besarnya, logo Hellboy turut diselaputi api yang marak dengan tagline “Demons Have Demons Too”. Poster terbaru filem Hellboy itu turut mempunyai tagline “Darkness Calls,” yang secara terusnya merujuk kepada salah satu jalan cerita dari komik. Trailer pertama filem Hellboy pula dijangka akan diperlihatkan pada Khamis ini! Saksikan poster terbaru filem Hellboy di bawah : 


Selain Harbour, filem Hellboy akan turut dibintangi oleh Ian McShane (Deadwood, American Gods) sebagai Professor Trevor Bruttenholm/ Professor Broom, Milla Jovovich (The Fifth Element, Resident Evil franchise) sebagai Nimue/ the Blood Queen, Sasha Lane (American Honey) sebagai Alice Monaghan, Penelope Mitchell (Hemlock Grove) sebagai Ganeida, dan Daniel Dae Kim (Hawaii Five-0, LOST) sebagai Mejar Ben Daimio.

Ketika ditanya tentang watak Hellboy, Harbour menyatakan “He has a heart that’s really good and with a lot of this crusted-over stuff. What I’m dealing with in Hellboy is a lot different, bigger in a certain way. It’s very Shakespearean. It’s demons and witches and stuff like that. But it has a similar core to a dude who’s trapped in horrible circumstances who’s just trying to be a good guy.”

Neil Marshall akan mengarahkan filem Hellboy, dengan skrip ditulis oleh Andrew Cosb(Eureka), dan dijadualkan untuk tayangan pada 12 April 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post