Marvel Merancang Menjadikan Ironheart Sebagai Iron Man Terbaharu MCU?



Tahun lepas, We Got You Covered melaporkan terdapat khabar angin menyatakan yang Disney dan Marvel Studios ada merancang untuk menggantikan watak Tony Stark/Iron Man dengan watak remaja iaitu Riri Williams/Ironheart.
Kepada kalian yang agak asing dengan watak tersebut, Riri Williams merupakan hero (heroine?) baru dalam Marvel Universe, seorang pelajar genius di MIT yang telah reverse engineer sut armor Stark dan menggunakannya untuk membanteras jenayah. Melihatkan kemahiran tersebut, Tony bersetuju untuk membantunya dalam perjalan karier superheronya dan mencipta AI versi dirinya (dengan fungsi seakan J.A.R.V.I.S. dalam MCU) untuk membantu Riri.


Kini, memandangkan Tony Stark/ Iron Man telahpun mati dalam filem Avengers: Endgame, sudah tentu MCU memerlukan seseorang untuk menggantikan tempat hero baru, dan sumber yang mereka perolehi menyatakan perancangan untuk meletakkan Ironheart sebagai pengganti Iron Man. Maknanya, berkemungkinan Robert Downey Jr. boleh muncul semula dalam bentuk AI pula, menggantikan F.R.I.D.A.Y. (yang menggantikan J.A.R.V.I.S. setelah ia menjadi Vision).
Berkemungkinan watak Ironheart akan diperkenalkan semasa MCU Fasa 4 atau 5, sebelum akhirnya akan berjuang di samping pasukan New Avengers – diketuai oleh Captain Marvel. Walaupun masih belum ada pengesahan rasmi, ada logiknya juga yang Ironheart akan menjadi Iron Man terbaharu MCU. Terdapat beberapa laporan sebelum ini turut mengesahkan perkara sama, malahan Kevin Feige juga kerapkali menjanjikan lebih banyak watak superhero wanita akan diketengahkan ke francais filem MCU.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post