Telah Rasmi, Robert Pattinson Merupakan Batman Terbaharu!

Awal bulan ini, telah bocor maklumat awal yang menyatakan pelakon Inggeris berumur 33 tahun, Robert Pattinson (yang terkenal dengan siri filem Twilight) merupakan pilihan utama untuk melakonkan watak Bruce Wayne/Batman dalam filem The Batman arahan Matt Reeves. Kini, Deadline melaporkan yang Warner Bros. telah mengesahkan Pattinson dipilih secara rasmi untuk melakonkan watak tersebut, dalam filem yang dijadualkan akan dijadikan trilogi baru untuk Batman.



Filem The Batman akan menampilkan Batman yang lebih muda, dan menjadi sebab kenapa pelakon Batman sebelum ini, iaitu Ben Affleck meninggalkan francais filem tersebut. Filem The Batman dilaporkan akan menampilkan latar belakang yang memfokuskan kepada aktiviti awal Batman sebagai detektif, sehingga diberi jolokan World's Greatest Detective.


Sejak filem Twilight yang mendapat sambutan hangat, Pattinson biasanya menjauhkan diri dari filem-filem blockbuster. Kredit filemnya sebelum ini adalah seperti Maps to the Stars, Queen of the Desert, Life, The Lost City of Z dan Good Time. Baru-baru ini, beliau membintangi filem High Life, sebuah filem sains fiksyen/ seram yang ditayangkan pada awal tahun.

Reeves akan menulis dan mengarahkan filem The Batman, dan dijadualkan untuk tayangan pada 25 Jun 2021. Dengan pengumuman Pattinson sebagai Batman, sudah tentunya pengumuman barisan pelakon lain juga akan diumumkan tidak lama lagi. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post