Keanu Reeves Bakal Berlakon Dalam Filem Marvel Bertajuk The Eternals?
Tidak lama dahulu, pelakon Keanu Reeves dikhabarkan sangat hampir untuk muncul dalam filem Marvel. Pada awalnya, ada khabar yang menyatakan Keanu akan melakonkan watak Yon-Rogg dalam filem Captain Marvel, dengan laporan mengatakan yang Keanu sudah hampir pasti menandatangani kontrak berkenaan, namun tidak menjadi disebabkan pertindihan dengan jadual penggambaran John Wick: Chapter 3 – Parabellum.



Memandangkan francais John Wick telah mempunyai pengikutnya sendiri, dan tiada orang lain yang boleh memainkan watak John Wick selain Keanu Reeves, maka dipercayai yang Keanu dan Marvel Studios mengambil jalan mereka masing-masing. Walau bagaimanapun kini dengan status dan populariti Keanu yang kembali naik usai filem John Wick: Chapter 3 - Parabellum, nampaknya Kevin Feige dan Marvel Studios dikhabarkan masih cuba untuk mendapatkan khidmat Keanu.

Kini, laporan dari MCU Cosmic menyatakan yang Keanu sedang diintai untuk salah satu watak dalam filem The Eternals, dan walaupun masih belum ada pengesahan rasmi, kebiasaanya pelaporan dari MCU Cosmic adalah tepat. Menurut MCU Cosmic, perbincangan telahpun berjalan dan walaupun Keanu masih belum menandatangani apa-apa kontrak, namun kelihatan jelas yang nampaknya Feige sedang cuba mendapatkan pelakon-pelakon hebat untuk filem The Eternals, seperti Angelina Jolie yang telahpun rasmi sebagai salah seorang yang membarisi pelakon The Eternals. Apatah lagi, sekiranya benar, kemasukan Keanu Reeves ke dalam MCU sememangnya dinantikan para peminat filem Marvel.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post