Angelina Jolie Bakal Muncul Dalam Filem Marvel?

Angelina Jolie Bakal Muncul Dalam Filem Marvel?

Selesai sahaja filem Captain Marvel, Avengers: Endgame dan Spider-Man: Far From Home ditayangkan nanti, Marvel Studios akan mengalihkan perhatian mereka kepada filem The Eternals, yang mungkin akan mendefinisikan semula hala tuju Marvel Cinematic Universe (MCU) selepas ini.

Pemilihan pelakon filem tersebut kini sedang giat dijalankan, dan menurut laporan The Hollywood Reporter, Angelina Jolie kini dalam perbincangan untuk muncul dalam filem The Eternals! Aktres yang juga pemenang Anugerah Oscar itu nampaknya sudah bersedia untuk tampil dalam filem bertemakan superhero dalam filem arahan Chloe Zhao itu.


Perincian tentang siapakah watak yang akan dimainkan oleh Jolie masih lagi belum jelas, namun sumber dari THR menyatakan filem itu akan menampilkan kisah “between Ikaris, a man fueled by cosmic energy, and Sersi, who relishes moving amongst humans”. Samada betul atau tidak Jolie akan membawakan watak Sersi masih belum dimuktamadkan, namun kemungkinan itu tetap ada. 

Peminat komik sememangnya mengetahui yang Eternals merupakan spesies yang agak berlainan dari manusia biasa. Eternals mempunyai kuasa kosmik yang memberikan mereka kuasa luar biasa dan pelbagai keupayaan istimewa, seperti kekebalan, keupayaan terbang dan kuasa psikik. 

Ada kemungkinan yang Marvel Studios akan menggunakan filem The Eternals untuk membawa watak dari dunia komik X-Men dan mutant ke MCU.

Filem The Eternals dijangka akan memulakan penggambaran pada September tahun ini.

No comments:

Powered by Blogger.