Filem Shazam Dilaporkan Mempunyai 2 Credit Scenes!

Filem Shazam Dilaporkan Mempunyai 2 Credit Scenes!


Seperti mana tradisi filem Marvel, nampaknya filem terbaru DC, iaitu Shazam! juga akan mempunyai post credit scenes! Bukan satu, tapi dua! Inilah yang dikongsikan di Twitter rasmi GSC Cinemas yang boleh dilihat di bawah :


Berikut adalah sinopsis filem Shazam! :

"We all have a superhero inside us, it just takes a bit of magic to bring it out. In Billy Batson’s (Angel) case, by shouting out one word—SHAZAM!—this streetwise 14-year-old foster kid can turn into the adult Super Hero Shazam (Levi), courtesy of an ancient wizard. Still a kid at heart—inside a ripped, godlike body—Shazam revels in this adult version of himself by doing what any teen would do with superpowers: have fun with them! Can he fly? Does he have X-ray vision? Can he shoot lightning out of his hands? Can he skip his social studies test? Shazam sets out to test the limits of his abilities with the joyful recklessness of a child. But he’ll need to master these powers quickly in order to fight the deadly forces of evil controlled by Dr. Thaddeus Sivana (Strong)."

Barisan pelakon filem Shazam! termasuklah Asher Angel (Andi Mack) sebagai Billy Batson, Djimon Hounsou (Guardians of the Galaxy) sebagai The Wizard, dan Mark Strong (Kingsman) sebagai watak penjahat utama, Dr. Thaddeus Sivana. Filem ini turut dibintangi Jack Dylan Grazer (IT) sebagai Freddy.

Filem Shazam! diarahkan oleh David F. Sandberg, dengan Peter Safran bertindak sebagai penerbit, manakala skripnya ditulis oleh Henry Gayden dan Darren Lemke.

Watak Shazam! dicipta pada tahun 1939 oleh C. C. Beck dan Bill Parker, dan membuat kemunculan pertama dalam Whiz Comics #2 oleh Fawcett Comics. Dengan menuturkan perkataan “Shazam” remaja bernama Billy Batson akan bertukar menjadi “world’s mightiest mortal” dan diberikan kebolehan luarbiasa persis dewa-dewa kuno.

Filem Shazam! akan ditayangkan di pawagam pada 5 April 2019, selang beberapa minggu sahaja dari filem Captain Marvel yang mempunyai sejarah nama watak yang sangat rapat dengan Shazam!

No comments:

Powered by Blogger.