Diperlihatkan, Poster-Poster Terbaru Filem Spider-Man: Far From Home


Filem Spider-Man: Far From Home merupakan sambungan filem Spider-Man: Homecoming yang menyaksikan Peter Parker keluar dari kawasan kejiranannya di New York, untuk mengembara ke Eropah. Dan Tom Holland, pelakon Spider-Man sendiri baru sahaja berkongsikan gambar-gambar poster terbaru filem Spider-Man: Far From Home yang boleh dilihat di bawah :




Holland sebelum ini ada menyatakan yang filem Spider-Man ketiga juga telah disahkan penghasilannya, yang akan menyaksikan Peter Parker di tahun pertamanya di Midtown School of Science and Technology selepas kejadian dalam filem Avengers: Endgame (2019).

Barisan pelakon untuk filem Spider-Man: Far From Home adalah Tom Holland (sebagai Peter Parker/ Spider-Man), Zendaya (sebagai MJ) dan Marisa Tomei (sebagai Aunt May). Jake Gyllenhaal akan melakonkan watak Mysterio, manakala Michael Keaton akan kembali sebagai Adrian Toomes/The Vulture. Berdasarkan trailer di atas juga, Samuel L. Jackson (Captain Marvel) dan Cobie Smulders turut akan muncul dalam filem ini dan menyambung watak mereka sebagai Nick Fury and Maria Hill.

Filem Spider-Man: Far From Home diarahkan oleh Jon Watts dan dijadualkan untuk tayangan pada 5 Julai 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post