SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Thursday, January 31, 2019

Bilakah Filem The Batman Akan Ditayangkan Kepada Umum?

Bilakah Tarikh Tayangan Filem The Batman?

Selepas beberapa tahun tergendala, dan pengumuman bermulanya penggambaran pada tahun ini, kini terdapat perkembangan terbaru tentang filem solo terbaru Batman, bertajuk The Batman. Deadline baru sahaja melaporkan yang Warner Bros. telahpun memilih tarikh tayangan filem The Batman. Untuk makluman, filem The Batman arahan Matt Reeves telah dijadualkan untuk tayangan pada 25 Jun 2021!


Memandangkan kini filem The Batman telahpun mempunyai tarikh tayangan, laporan dari Deadline menyatakan yang pencarian untuk pelakon baru Batman sedang digiatkan. Skrip oleh Reeves memerlukan seorang pelakon muda yang akan melakonkan watak Batman/Bruce Wayne; sebelum watak Batman versi Ben Affleck. Pada asalnya, Affleck dijadualkan untuk mengarah dan membintangi filem solo baru Batman yang ditulis bersama dengan Geoff Johns. Walau bagaimanapun, Affleck mengunduran diri dari kerusi pengarah pada 2017, dan pada masa itu masih lagi kekal sebagai pelakon utama Batman. 

Reeves seterusnya menyertai projek filem The Batman sebagai pengarah, juga pada tahun 2017. Sebelum ini, Ben Affleck membawakan watak Batman dalam filem Batman V Superman: Dawn of Justice dan Justice League. Awal minggu lepas, Reeves telah berkongsikan beberapa perincian tentang filem The Batman ketika ditemubual The Hollywood Reporter :

“It’s very much a point of view-driven, noir Batman tale. [The narrative is] very squarely on his shoulders, and I hope it’s going to be a story that will be thrilling but also emotional. It’s more Batman in his detective mode than we’ve seen in the films. The comics have a history of that. He’s supposed to be the world’s greatest detective, and that’s not necessarily been a part of what the movies have been. I’d love this to be one where when we go on that journey of tracking down the criminals and trying to solve a crime, it’s going to allow his character to have an arc so that he can go through a transformation.”

Siapakah yang akan diambil untuk menerajui watak Batman versi lebih muda? Tunggu pengumuman selanjutnya dari kami.

No comments:

Post a Comment