Filem The Batman Akan Memulakan Penggambaran Tahun Ini?

Walaupun dengan beberapa berita berkaitan penangguhan penggambaran dan status penglibatan Ben Affleck yang masih menjadi tanda tanya, laporan dari The Hollywood Reporter menyatakan yang filem standalone di bawah payung DC Extended Universe (DCEU), iaitu The Batman mungkin akan memulakan penggambarannya pada November ini?

Menurut wakil THR, iaitu Borys Kit, “The script is basically in, although Reeves will continue tweaking it and working on it. And I’m hearing the studio wants to start shooting in November. So let’s say between now and then?”


Perancangan untuk menghasilkan filem The Batman telah bermula sejak tahun 2015 apabila Affleck dilaporkan akan membawakan watak Batman dalam DCEU, dengan beberapa pindaan skrip dilakukan oleh Affleck dan Geoff Johns. Pada awalnya, Affleck dikatakan akan bertindak sebagai pengarah, sebelum akhirnya berpindah ke tangan pengarah filem War for the Planet of the Apes, iaitu Matt Reeves.

Filem Batman versi Reeves dikatakan akan berkisar kepada watak Batman selalu world’s greatest detective seperti mana dipaparkan dalam komiknya, dan ini mungkin menjadikan filem tersebut memerlukan pelakon yang lebih muda untuk melakonkan watak Batman. Affleck yang berumur 46 tahun, sebelum ini membawakan watak Batman dalam filem Justice League pada tahun 2017.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post