Filem Aquaman Kini Ditabalkan Filem DCEU Paling Menguntungkan!

Filem Aquaman Kini Ditabalkan Filem DCEU Paling Menguntungkan!

Filem Aquaman yang diterbitkan oleh Warner Bros. kini kekal di kedudukan #1 carta kutipan box office untuk minggu ketiga berturut-turut di pasaran Amerika! Filem Aquaman yang merupakan filem terbaru dalam barisan filem DCEU mencatatkan kutipan USD30.7 juta sepanjang minggu, menjadikan kutipan keseluruhan mencecah USD259.7 juta. Review filem Aquaman yang kami nukilkan juga membuktikan sebenarnya filem Aquaman ini filem yang sedikit 'lain' dari filem-filem DCEU sebelum ini.



Kutipan filem Aquaman di peringkat antarabangsa pula kini telah mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak USD681 juta, menjadikan kutipan keseluruhan kini adalah sebanyak USD940.7 juta. Ini secara tidak langsung telah menjadikan filem Aquaman sebagai filem yang mencatatkan kutipan tertinggi untuk filem-filem DC Extended Universe (DCEU)!

Angka kutipan filem Aquaman telahpun mengalahkan kutipan filem Batman V Superman: Dawn of Justice yang mengutip sebanyak USD873.6 million.

Filem Aquaman diarahkan oleh James Wan, dan membariskan pelakon-pelakon seperti Jason Momoa, Amber Heard, Willem Dafoe, Patrick Wilson, Dolph Lundgren, Yahya Abdul-Mateen II, dan pemenang Anugerah Oscar, Nicole Kidman selaku Permaisuri Atlanna.

No comments:

Powered by Blogger.