Heboh di laman media sosial hari ini bilamana gambar pertama Batmobile dari filem terbaru arahan Zack Snyder, Batman v Superman: Dawn of Justice dimuat naik oleh beberapa individu yang berada di lokasi penggambaran filem berkenaan. Dan kini, secara rasminya pengarah filem berkenaan sendiri telah memuatnaik gambar berkenaan di media sosial miliknya, yang memperlihatkan gambar hampir lengkap Batmobile terbaru itu, seperti gambar di bawah :


"Here’s a real picture of the Batmobile," tulis Snyder.

Gambar yang dimuatnaik itu lebih jelas dan beresolusi berbanding gambar yang dimuat naik oleh pengguna media sosial yang lain, seperti gambar di bawah :



Nampak mengarut juga Batmobile bila ada mesingan di hadapannya. Adakah itu rupa akhir Batmobile versi filem berkenaan? Ataupun ada beberapa versi Batmobile dalam filem ini, sepertimana The Tumbler dalam filem Batman versi pengarah Christopher Nolan?

Dibintangi Henry Cavill, Ben Affleck, Gal Gadot, Amy Adams, Laurence Fishburne, Diane Lane, Jesse Eisenberg, Jeremy Irons, Holly Hunter dan Scoot McNairy, filem Batman v Superman: Dawn of Justice telah dijadualkan untuk tayangan pada 26 Mac 2016.


Sumber dari Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post