Sejak Jun lalu lagi telah ada khabar angin mengatakan filem terakhir Rambo akan dihasilkan. Dan kini, dikhabarkan tajuk terakhir filem berkenaan ialah Rambo: Last Blood, yang akan diarahkan sendiri oleh aktor Sylvester Stallone.


Kali terakhir Stallone membawakan watak John Rambo ialah pada tahun 2008 iaitu filem Rambo, yang mengutip $113.2 juta di seluruh dunia dengan bajet hanya $50 juta. Filem tersebut ditulis dan diarahkan sendiri oleh Stallone.

Avi Lerner, yang pernah bekerjasama dengan Stallone sebelum ini, akan meneribitkan filem Rambo: Last Blood di bawah label Millennium Films.


Sumber dari Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post