Gambar terbaru musim kedua siri TV Marvel's Agents Of S.H.I.E.L.D. boleh telahpun diperlihatkan, seperti gambar di bawah :


Siri TV Marvel’s Agents of S.H.I.E.L.D ini menyambung perjalanan musim pertama, yang mana merupakan kesinambungan daripada filem Captain America: The Winter Soldier selepas kejatuhan S.H.I.E.L.D. ditangan HYDRA, dan dibintangi oleh Clark Gregg sebagai Phil Coulson, Ming-Na Wen sebagai Agen Melinda May, Brett Dalton sebagai Agen Grant Ward, Chloe Bennet sebagai Skye, Iain De Caestecker sebagai Agen Leo Fitz dan Elizabeth Henstridge sebagai Agen Jemma Simmons.

Turut diperlihatkan adalah gambar di mana Peggy Carter dan The Howling Commandos (yang dipaparkan dalam filem Captain America: The First Avenger) yang akan membuat penampilan khas dalam salah satu episod untuk musim kedua ini, seperti gambar di bawah :


Marvel's Agents of S.H.I.E.L.D. musim kedua ini dijadualkan untuk tayangan pada 23 September ini


Sumber dari Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post