The Hollywood Reporter semalam telah melaporkan berita bahawa penulis lakon layar, Justin Marks telah diberikan tugas untuk menyiapkan draf filem oleh Paramount Pictures dan Skydance Productions, iaitu filem Top Gun 2!


Sambungan filem Top Gun itu, yang menyambung filem pertama yang menjadi hit, arahan Tony Scott pada tahun 1986, dikhabarkan telah dalam peringkat perancangan sejak sekian lama dengan Tom Cruise akan kembali menyambung wataknya sebagai United States Naval Aviator Lieutenant Pete "Maverick" Mitchell. Tony Scott sememangnya berminat untuk kembali ke kerusi pengarah sebelum kematian tragiknya pada tahun 2012.

Masih belum ada pengumuman tarikh tayangan dan juga senarai rasmi pelakon, jadi kita nantikan sahaja pengumuman terbaru berkenaan filem ini nanti.


Sumber dari Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post