Columbia Pictures telah memperlihatkan trailer dan poster terbaru filem arahan Antoine Fuqua bertajuk The Equalizer. Trailer terbaru ini mengetengahkan single terbaru daripada Eminem yang bertajuk "Guts Over Fear." Trailer terbaru ini boleh dilihat di bawah :


Dalam The Equalizer, Denzel Washington membawakan watak McCall, seorang lelaki yang cuba meninggalkan kehidupan lalunya yang misteri dan memulakan hidup baru. Tetapi apabila dia berjumpa dengan Teri (Chloë Grace Moretz), seorang gadis yang dibawah pengaruh gangster Rusia, dia perlu kembali menggunakan kemahirannya untuk menghukum sesiapa sahaja yang mempergunakan mereka yang lemah. Dialah "The Equalizer" yang mampu menyelamatkan mereka yang di dalam kesusahan.

The Equalizer bakal ditayangkan pada 26 September ini. 


Sumber daripada Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post