Filem pertama pun belum ditayangkan lagi, tapi nampaknya telah ada perancangan untuk dua lagi filem sambungan Terminator.

Menurut Paramount Pictures, kesemua tiga sambungan reboot filem Terminator akan ditayangkan antara tahun 2015 hingga 2018. Studio berkenaan mengumumkan pada Jumaat lepas yang sambungan kedua dan ketiga filem reboot Terminator akan ditayangkan pada 19 Mei 2017 dan 29 Jun 2018. Manakala filem Terminator: Genisys yang merupakan filem sambungan yang pertama selepas filem Terminator: Salvation, dijadualkan untuk tayangan pada 1 Julai 2015.

Pelakon Emilia Clarke akan membawakan watak Sarah Connor dalam filem ini, manakala Jason Clarke (Dawn of the Planet of the Apes) akan membawakan watak anaknya, John Connor. Dan tidaklah lengkap filem Terminator tanpa Arnold Schwarzeneggar, yang akan kembali membawakan watak Terminator T-800.


Sumber dari io9

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post