Penghasilan Filem Venom 2 Kini Disahkan!

Secara rasminya, kini disahkan studio perfileman Sony akan meneruskan kejayaan filem Venom dengan penghasilan filem Venom 2 pula! Turut disahkan adalah kembalinya pelakon asal seperti Tom Hardy, Michelle Williams, dan Woody Harrelson, termasuklah penulis lakon layar Kelly Marcel, yang dibawa masuk di saat-saat akhir untuk melakukan rombakan terhadap filem Venom sebelum ini.



Filem Venom mengejutkan banyak pihak kerana mencatatkan kutipan box office yang amat baik, dengan catatan kutipan sebanyak USD855.5 juta secara keseluruhannya.

Walaupun menerima kritikan negatif dan penjualan tiket yang agak lembab di pasaran Amerika Utara, ramai peminat filem Marvel tidak menjangkakan yang Woody Harrelson akan kembali dalam filem Venom 2 untuk melakonkan Carnage. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja filem Venom ditayangkan di pasaran antarabangsa, terutamanya di China, filem Venom mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Masih belum ada kepastian samada pengarah Venom, iaitu Ruben Fleischer, akan kembali ke kerusi pengarah untuk filem Venom 2 memandangkan komitmennya terhadap filem Zombieland 2. Memandangkan filem Venom mencatatkan fenomena untuk Sony, sudah tentu Sony akan sedaya upaya membawa ke semua pasukan filem Venom untuk mengulangi kejayaan filem Venom di layar perak.

Walaupun Venom tidaklah dinantikan sangat kehadirannya oleh kebanyakan peminat filem Marvel, tetapi ianya tetap merupakan sebuah filem yang menghiburkan, seperti mana review filem Venom yang pernah kami tulis sebelum ini. Dan dengan kembalinya Michelle Williams dalam senarai pelakon filem Venom 2, ada kemungkinan She-Venom akan membuat penampilan lebih lama di samping aksi Carnage dan Venom nanti.

Masih belum ada tarikh tayangan rasmi untuk filem Venom 2, dan masih belum ada sinopsis khusus untuk filem berkenaan. Memandangkan filem terbitan Sony selepas ini adalah filem Morbius The Living Vampire (yang khabarnya akan dibintangi oleh Jared Leto), ada kemungkinan filem Venom 2 dijadualkan untuk tayangan pada penghujung 2020 atau awal 2021.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post