Siapa Pengarah Yang Akan Mengarahkan Dua Lagi Filem Mission Impossible 7 Dan 8?

Beberapa pengarah filem Mission: Impossible sebelum ini, seperti Brian De Palma, John Woo, J. J. Abrams, dan Brad Bird hanya mengarahkan satu sahaja filem Mission: Impossible, dan akan 'move on' selepas selesai pengarahan untuk mengarahkan filem lain pula. Tetapi ada seorang pengarah yang pernah mengarahkan filem Mission: Impossible sebelum ini, dan dikhabarkan akan kembali ke kerusi pengarah untuk bukan satu, tetapi dua filem Mission Impossible!


Menurut laporan Variety, selepas mengarahkan filem Mission: Impossible – Rogue Nation pada 2015 dan Mission: Impossible – Fallout pada 2018, Christopher McQuarrie kini dalam proses akhir untuk memuktamadkan perjanjian dengan Paramount yang menyaksikannya kembali untuk dua filem Mission: Impossible terbaru . Dan dikhabarkan filem Mission: Impossible 7 dijangka ditayangkan pada 2021, dan filem Mission: Impossible 8 dijangka untuk tayangan pada 2022. Tom Cruise dijangka akan kembali sebagai Ethan Hunt, di samping Ving Rhames, Simon Pegg, dan Rebecca Ferguson.

Selain Mission: Impossible, McQuarrie sememangnya tidak asing dengan Tom Cruise kerana pernah mengarahkan filem Jack Reacher, dan turut terlibat dalam lakon layar untuk filem-filem lain lakonan Tom Cruise seperti Edge of Tomorrow, The Mummy, dan filem terbarunya, Top Gun: Maverick.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post