Filem Batman V Superman: Dawn Of Justice yang sebelum ini dijadualkan untuk tayangan pada tarikh yang sama dengan filem Captain America 3, iaitu 6 Mei 2016, telah dipercepatkan. Kini, filem sambungan Man Of Steel itu bakal ditayangkan pada 25 Mac 2016.

Filem arahan Zack Snyder itu dibintangi oleh Henry Cavill, Ben Affleck, Gal Gadot, Amy Adams, Laurence Fishburne, Diane Lane, Jesse Eisenberg, Jeremy Irons, Holly Hunter dan Scoot McNairy.


Sumber dari Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post