[Nuffnang] Premiere Screening Dan Review Filem Into The Storm (2014)


Premiere Screening datang lagi dan kali ini kami diberi peluang untuk menonton filem Into The Storm arahan Steven Quale. Terima kasih kepada Nuffnang atas peluang yang diberikan.


Filem Into The Storm mengisahkan tragedi puting beliung (tornado) yang melanda bandar Silverton dan memusnahkan sebahagian dari bandar tersebut. Bermula dari sekumpulan pemburu profesional Tornado yang diketuai oleh Pete (Matt Walsh) dan krewnya mengejar arah tuju tornado untuk difilemkan dalam bentuk dokumentari. Segala kelengkapan canggih dibawa bersama demi mendapatkan gambar dan video yang terbaik hasil dari kajian tersebut. 


Kebanyakan penduduk sekitar sudah mengambil langkah-langkah berjaga untuk menghadapi tornado yang paling besar, namun ada sekumpulan dua rakan, Donk & Reevis yang gila-gila juga turut mengejar tornado besar tersebut dan merakam aksi tornado untuk dimuat naik ke laman Youtube demi mengejar hits dan menjadi terkenal.


Filem Into The Storm dibawakan dalam bentuk "found footage" kepada penonton. Ini bermakna penonton dapat melihat bagaimana keadaan sebenar dari mata penduduk bandar berkenaan dari segi pandangan mata sendiri. Tapi tak sama seperti "film camcorder" yang boleh membuatkan penonton sakit kepala ketika menonton, filem ini lebih selesa dari pandangan mata dan tidak memeningkan. Mungkin kerana peralatan sekarang yang canggih seperti adanya stabilizer, membuatkan penonton kurang pening dan tidak menyumpah di dalam pawagam.


Salah satu aspek yang terbaik daripada filem Into The Storm ini adalah anda dibawa melihat bagaimana keadaan di dalam puting beliung yang membuatkan ada rasa satu keadaan yang berbeza. Visual kelihatan luar biasa apabila anda berada di pawagam.

Kepada peminat filem "found footage" ala-ala Paranormal Activity, Filem Into The Storm sangat sesuai untuk anda. 

Kami bagi 6/10 bintang untuk Filem Into The Storm.


Review oleh @ruzaimee #NNPremiereScreening

No comments:

Powered by Blogger.