Produksi Filem Godzilla vs. Kong Bermula!

Produksi Filem Godzilla vs. Kong Bermula!

Godzilla: King of the Monsters hanya akan ditayangkan di pawagam 6 bulan dari sekarang, tetapi Warner Bros. dan Legendary Pictures telahpun memulakan langkah awal untuk sambungan filem berkenaan, iaitu filem Godzilla vs. Kong! Filem yang akan menampilkan pertembungan antara King of the Monsters (Godzilla) dan King of Skull Island (King Kong) itu baru sahaja memulakan proses produksi di Hawaii dan Australia.


Sinopsis filem Godzilla vs. Kong adalah :

“In a time when monsters walk the Earth, humanity’s fight for its future sets Godzilla and Kong on a collision course that will see the two most powerful forces of nature on the planet collide in a spectacular battle for the ages. As Monarch embarks on a perilous mission into uncharted terrain and unearths clues to the Titans’ origins, a human conspiracy threatens to wipe the creatures, both good and bad, from the face of the earth forever.”

Filem Godzilla Vs. Kong dibintangi oleh Alexander Skarsgård (Big Little Lies), Millie Bobby Brown (Stranger Things, Godzilla: King of the Monsters), Rebecca Hall (Christine), Brian Tyree Henry (Widows), Shun Oguri (Gintama), Elza González (Baby Driver), Jessica Henwick (Iron Fist), Julian Dennison (Deadpool 2), Kyle Chandler (Manchester by the Sea) dan Demián Bichir (The Nun).

Filem Godzilla vs. Kong diarahkan oleh Adam Wingard (The Guest) dengan skrip ditulis oleh Terry Rossio (Pirates of the Caribbean), dan diterbitkan oleh Mary Parent, Alex Garcia, Eric McLeod, dan Brian Rogers.

Filem Godzilla vs. Kong akan ditayangkan pada 22 Mei 2020.

No comments:

Powered by Blogger.