Dari Comic-Con 2018, Saksikan Trailer Filem Godzilla: King Of The Monsters!


Dari Comic-Con 2018, Saksikan Trailer Filem Godzilla: King Of The Monsters!



Jika sebelum ini kami berkongsikan gambar pertama dari filem Godzilla: King of the Monsters, kini buat julung-julung kalinya di Comic-Con 2018, diperlihatkan trailer filem Godzilla: King of the Monsters. Saksikan trailer berkenaan di bawah :

'

Diarahkan oleh Michael Dougherty, Filem sambungan ini akan menampilkan pelakon seperti Vera Farmiga (Up in the Air, The Conjuring), Ken Watanabe (The Last Samurai), Sally Hawkins (Blue Jasmine), Kyle Chandler (The Wolf of Wall Street, Manchester by the Sea), Millie Bobby Brown (Stranger Things), Bradley Whitford (Get Out), Thomas Middleditch (Silicon Valley), Charles Dance (Game of Thrones), O’Shea Jackson Jr. (Straight Outta Compton), Aisha Hinds (Star Trek Into Darkness), dan Zhang Ziyi (Memoirs of a Geisha, Crouching Tiger, Hidden Dragon).


Filem terbaru ini menampilkan usaha agensi kripto-zoologikal, Monarch yang berusaha menentang raksasa-raksasa purba yang telah muncul kembali, seperti  Godzilla, yang bertempur dengan MothraRodan, dan seteru utamanya, raksasa berkepala tiga yang digelar King Ghidorah. Kesemua raksasa ini bertarung untuk siapa yang lebih berkuasa, dan mengancam manusia untuk pupus.

Filem sambungan Godzilla: King of the Monsters ini telah dijadualkan untuk tayangan pada 31 Mei 2019.


Sumber dari Comingsoon

No comments:

Powered by Blogger.