Watak Han Kini Ditambah Ke Poster Rasmi Filem Fast & Furious 9


Susulan pendedahan trailer pertama filem Fast & Furious 9 (atau singkatannya F9), sudah tentunya mengejutkan rata-rata peminat francais filem berkenaan. Manakan tidak, watak Han (lakonan Sung Kang) yang popular di kalangan peminat selepas tampil dalam filem ketiga siri berkenaan (The Fast & The Furious: Tokyo Drift) sebenarnya belum mati, dan kembali membuat penampilan dalam trailer tersebut. Kini, produksi filem Fast & Furious 9 telah mengemaskini poster rasmi filem berkenaan dengan memasukkan gambar watak Han. Saksikan poster berkenaan di bawah :


BERKAITAN: Trailer Filem Fast & Furious 9 Diperlihatkan - Han Kembali!

Pada awalnya, filem Fast & Furious 9 telah dijadualkan untuk tayangan pada 19 April tahun lepas, namun telah ditunda untuk memberi laluan kepada filem spin-off pertama dalam francais tersebut, iaitu filem Hobbs & Shaw yang telah ditayangkan pada Ogos tahun lepas. Oleh itu, filem Fast & Furious 9 telah dijadualkan semula, dengan tarikh baru untuk tayangan adalah pada 22 Mei 2020.

Justin Lin kembali ke kerusi pengarah filem ini selepas mengarahkan filem ke-3 hingga ke-6 Fast & Furious, iaitu The Fast & The Furious: Tokyo Drift, Fast & Furious, Fast 5 dan Fast & Furious 6.

Filem Fast & Furious 9 menampilkan kembali pelakon-pelakon asal seperti Vin Diesel sebagai Dominic Toretto, Michelle Rodriguez sebagai Letty Ortiz, Jordana Brewster sebagai Mia Toretto, Tyrese Gibson sebagai Roman Pierce dan Ludacris sebagai Tej Parker, di samping turut menampilkan Nathalie Emmanuel sebagai Ramsey, Helen Mirren sebagai Magdalene Shaw dan Charlize Theron yang kembali dengan watak Cipher dari filem kelapan, The Fate of the Furious.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post