Paramount Pictures telah memperlihatkan trailer pertama filem baharu Transformers, diberi tajuk Transformers: Rise of the Beasts. Filim terbaharu ini merupakan sambungan kepada filem Bumblebee (2018). Saksikan trailer filem Transformers: Rise of the Beasts di bawah:

BERKAITAN: Pete Davidson Dan Michelle Yeoh Disenaraikan Sebagai Pelakon Filem Transformers: Rise of the Beasts

Diinspirasikan dari jalan cerita animasi Beast Wars, filem live-action ketujuh Transformers ini dijadualkan untuk tayangan pada 8 Jun 2023. Ianya mengambil latar di tahun 1990-an dan menampilkan buat pertama kalinya kumpulan Maximals, Predacons, dan Terrorcons di layar perak, di samping penampilan protagonis dan antagonis utama, iaitu kumpulan Autobots dan Decepticons.

BERKAITANTajuk Filem Baharu Transformers Didedahkan - Bakal Ditayangkan 2022

Transformers: Rise of the Beasts diarahkan oleh Steven Caple Jr., dan menampilkan pelakon seperti Anthony Ramos, Dominique Fishback, Peter Cullen, Michelle Yeoh, Pete Davidson, Ron Perlman, dan Peter Dinklage,


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post