Sekali lagi, siri permainan dan kartun terkenal, Transformers kembali ke layar perak, dengan pengumuman filem terbaharu Transformers yang kini telahpun mempunyai tajuk rasmi. 

Dikenali dengan tajuk Transformers: Rise of the Beasts, filem ini bakal memperkenalkan kumpulan Transformers seperti Maximals, Predacons, dan Terrorcons di samping dua kumpulan utama iaitu Autobots dan Decepticons. 

Transformers: Rise of the Beasts dibintangi Anthony Ramos dan Dominique Fishback, mengambil latar di tahun 1994, iaitu selepas filem Bumblebee tetapi sebelum filem-filem Transformers arahan Michael Bay (ataupun Bayformers). Tiga kumpulan baharu diperkenalkan, iaitu Maximals (keturunan Autobots) dan kumpulan penjahat iaitu Predacons (menyebelahi Decepticons, selain memperkenalkan watak penjahat baharu, iaitu kumpulan dikenali Terrorcons

Diarahkan oleh Steven Caple Jr. dan diterbitkan oleh Lorenzo di Bonaventura, Transformers: Rise of The Beasts dijadualkan untuk tayangan pada 23 Jun 2022. Hrap-harapnya filem ini akan gunakan design Transformers G1 seperti mana dalam filem Bumblebee, dan bukannya design filem Michael Bay yang nampak sangat alien.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post