Selepas berkongsikan trailer filem Snake Eyes, pelakon kelahiran Malaysia yang juga memegang watak utama filem tersebut, iaitu Henry Golding, telah berkongsikan satu pesanan khas buat peminat beliau di Malaysia. Beliau mulakan pesanan tersebut dengan ungkapan "Apa khabar Malaysia?". Saksikan pesanan khas tersebut di bawah :


Dalam siri G.I. Joe, Snake Eyes merupakan ninja/ komando yang dikenali dengan kemahiran mautnya dengan pedang dan pisau, selain mahir menggunakan senjata api. Beliau juga merupakan ahli seni mempertahankan diri yang berkemahiran tinggi yang amat merbahaya samada bersenjata ataupun tidak. Snake Eyes pada mulanya tinggal bersendirian di pergunungan High Sierras sebelum direkrut untuk menganggotai pasukan G.I. Joe. Nama sebenar Snake Eyes dan latar belakangnya kekal sebagai misteri sehingga hari ini, dan terdapat pelbagai versi baik dalam siri kartun mahupun komiknya yang menceritakan tentang latar belakang Snake Eyes sebelum dia dikenali dengan kostum serba hitam yang dipakai sekarang. Sebelum ini, pelakon dan aktor lagak ngeri, Ray Park melakonkan watak Snake Eyes dalam filem G.I. Joe: The Rise of Cobra dan G.I. Joe: Retaliation.

Kami kongsikan juga beberapa gambar promosi terbaharu filem Snake Eyes (ihsan United International Pictures) :




Filem Snake Eyes: G.I. Joe Origins dijadualkan untuk tayangan di pawagam bermula 12 Ogos 2021, tertakluk kepada pengumuman kerajaan. Maklumlah, sekarang ni masih dalam tempoh PKP, yang harapnya tidaklah berlanjutan sampai ke bulan Ogos dan pawagam dibenarkan dibuka semula. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post