Trailer terbaharu filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings telah diperlihatkan ketika acara ESPN NBA Countdown baru-baru ini. Yang menariknya, trailer ini memperlihatkan Wong bertempur dengan Abomination (kali terakhir muncul dalam filem The Incredible Hulk). Saksikan trailer terbaharu filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings di bawah :



Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings dibintangi oleh pelakon Simu Liu, yang akan melakonkan watak hero berkenaan dalam filem pertama watak superhero berketurunan Asia tersebut. Selain Simu Liu, ianya turut dibarisi Awkwafina dan pelakon terkenal Hong Kong iaitu Tony Leung yang melakonkan watak The Mandarin. Pelakon kelahiran Malaysia, iaitu Michelle Yeoh turut tampil dalam filem ini.

Watak Shang-Chi mungkin agak asing bagi bukan penggemar komik Marvel, dan mula diperkenalkan dalam komik Special Marvel Edition #15 pada tahun 1973. Dikenali sebagai mahaguru seni mempertahankan diri, beliau turut pernah melatih watak-watak superhero lain dalam dunia komik Marvel. Shang-Chi juga mempunyai keupayaan untuk menghasilkan replika dirinya sendiri (seumpama klon). Shang-Chi pernah menjadi anggota pasukan Avengers dan Heroes for Hire. Adakah ini bermakna Shang-Chi akan berjumpa dengan satu lagi watak yang mahir dalam seni mempertahankan diri dalam dunia komik Marvel, iaitu Danny Rand a.k.a Iron Fist? Sama-sama kita nantikan.

Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings diarahkan oleh Destin Daniel Cretton dan akan ditayangkan di pawagam pada 13 September 2021.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post