Siri Disney+ Loki disambung dengan episod 3, yang baharu sahaja ditayangkan semalam. Dalam episod ini, Loki mengikut jejak varian Loki yang diburu pasukan TVA, dan penonton kini akan mengenalinya dengan nama watak Sylvie. Selepas kejadian dalam episod 2, episod 3 ini menunjukkan Loki mengikut Sylvie melarikan diri dari Alabama 2050 melalui portal masa dan muncul dalam kompleks bangunan TVA, di mana mereka bertembung dengan Renslayer, sebelum akhirnya berjaya melarikan diri menggunakan alat TemPad menuju Lamentis-1 di tahun 2077, sebuah bulan yang dijadikan koloni perlombongan yang sedang berhadapan risiko dirempuh sebuah planet. Kedua-dua mereka tak dapat melarikan diri akibat TemPad berkenaan kehabisan kuasa, menyebabkan mereka terpaksa menggunakan kebolehan dan tipu muslihat untuk berusaha mengecas semula TemPad berkenaan.Berjayakah mereka melepaskan diri dari Lamentis-1? Seperti biasa, akan bersambung di episod akan datang.

Loki episod 3 ini mendedahkan beberapa perkara yang mengejutkan. Antaranya, pendedahan Sylvie yang mana menyatakan sebenarnya, keseluruhan pasukan TVA itu sendiri adalah sebenarnya varian juga, dan bukanlah dicipta oleh Time-Keepers seperti mana dimaklumkan oleh Ejen Mobius dalam episod sebelum ini. Selain itu, Sylvie juga mempunyai latar yang sedikit berbeza dengan Loki. Jika dalam MCU Loki digambar sebagai anak angkat kepada Odin, Sylvie pula tidak. Ini menunjukkan varian Loki di garis masa berlainan juga mempunyai latar belakang yang berbeza-beza.

Bagaimana pendedahan Sylvie di mana semua pasukan dan pekerja TVA adalah varian sama sepertinya nanti akan menimbulkan kesan kepada TVA? Sama-sama kita nantikan episod Loki seterusnya.

Namun, kami masih beranggapan jalan cerita siri Loki ini (walaupun sudah masuk episod 3) agak perlahan dan tidak semenarik WandaVision mahupun The Falcon and the Winter Soldier.



KOMEN ANDA

Previous Post Next Post