Disney secara rasminya telah memperlihatkan trailer filem yang dinanti-nantikan, iaitu Guardians of the Galaxy Vol. 3 di acara Comic-Con Experience 2022. Saksikan trailer filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 di bawah:

BERKAITAN: Filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 Kini Selesai Penggambaran!

Sinopsis rasmi filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 adalah seperti berikut:

In Marvel Studios Guardians of the Galaxy Vol. 3 our beloved band of misfits are looking a bit different these days. Peter Quill, still reeling from the loss of Gamora, must rally his team around him to defend the universe along with protecting one of their own. A mission that, if not completed successfully, could quite possibly lead to the end of the Guardians as we know them.

BERKAITAN: Gambar Set Penggambaran Guardians of the Galaxy Vol. 3 Memperlihatkan Sut Serupa Komik!

Guardians of the Galaxy Vol. 3 menyaksikan kemunculan semula watak-watak dari filem terdahulu seperti Chris Pratt, Zoe SaldaƱa, Dave Bautista, Sean Gunn, Karen Gillan, Pom Klementieff, Bradley Cooper, dan Vin Diesel, selain muka-muka baharu di MCU seperti Will Poulter (melakonkan watak Adam Warlock) dan Chukwudi Iwuji.

Kali terakhir pasukan Guardians of the Galaxy muncul di layar perak adalah dalam filem Avengers: Endgame (2019), di mana mereka disertai oleh Thor (lakonan Chris Hemsworth) di penghujung filem tersebut. Disebabkan itu, pasukan Guardians of the Galaxy turut akan muncul dalam filem keempat Thor, iaitu Thor: Love and Thunder


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post